Aku kurang pasti bagaimana aku ketemu Herbalife. Ada kemungkinan ketika aku sedang mencari kehidupan alternatif setelah mendapat maklumat yang isteriku akan berpindah tugas ke Kuching.
Aku memang sudah merancang untuk menggiatkan perniagaan online menjual buku dan menjadi penerbit. Projek pertama ialah menerbitkan buku Pantun Pantai Damai.
Dalam pada itu aku memang sudah beberapa kali mencuba untuk mencari perniagaan yang boleh diceburi tetapi kesemua tawaran yang diterima aku tidak yakin terhadapnya atau terhadap diri sendiri.
Apa yang aku tahu terhadap perniagaan sejak dewasa ini?
Agaknya aku yang sedang melakukan penyelidikan untuk bahan bicarawara ternampak satu iklan one-line dan klik. Mungkin sahaja, tidak pasti.
Bagaimanapun pengenalan dengan Herbalife membawa aku kepada acara sidang online homlogin dan aku mula mendengar dan menyertai sidang itu berjalan. Pada hari itu anak cucu datang dari Johor.
Lepas itu aku diam seketika untuk beberapa hari. Bagaimanapun Shai dan pasukannya tidak berdiam diri. Shai terus menghubungi aku melalui telefon yang aku bubuh semasa mengisi borang pop up.
Aku akhirnya berbincang dengan isteri dan menghadiri sesi pertama di Jalan Raja Chulan pada ..... Jun sebelum pergi ke Mukah.
Yang hebatnya aku sanggup mendaftar diri dan membayar lebih 600 ringgit malam itu untuk menyertai bisnes berkenaan. Isteriku menjadi pendorong utama bila aku nampak kurang bertenaga dan kurang bersemangat. Terkejut juga ku kerana dia menjadi pendorong sedangkan dia lebih berhati-hati apabila aku mahu menceburi hal-hal seperti itu.
Dengan pendaftaran itu aku dapat lesen dan beg bisnes serta bekalan bahan minuman untuk digunakan demi melihat kesannya. Satu kes special dengan harga 606 ringgit.
Tuesday, July 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment