Aku bergegas ke Klinik Dr Bustari di Jalan Matang dan sampai di sana beberapa minit sebelum jam 1:30 tengah hari sebagaimana dinyatakan di dalam notis melalui emel daripada Shai dan ditelefonnya semalamnya.
Melihat aku berada di luar pintu Dr Bustari segera membuka pintu dan mempersilakan aku masuk. Dia seorang sahaja katanya bila aku tanya kalau dia ada yang membantu. Melihat dia sibuk dan aku tidak biasa dengan tempat itu dan cortak kerja HOM di sini aku minta diri ke sebuah pasaraya di hujung kompleks itu untuk mendapatkan sesuatu.
Di pasaraya itu aku terserempak dengan Julianne dan suaminya James. Itu kali pertama aku bertemu James dan Jullaine memperkenalkan aku kepadanya.
Di pasaraya itu yang aku nak cari dan lihat ialah harga susu kacang soya Yeos yang di Batu tiga seberang Boulverd harganya RM1.80 dan di Choice Food Jalan Satrok RM1.90. Aku nak tahu berapa hargfanya di situ setelah di Everise dekat Jambatan Satok harganya RM1.80. Setelah puas mengesan aku dapati harganya di pasar raya itu juga RM1.80. Selepas mengesaan harganya aku balik ke KLinik Bustari.
Di situ aku lihat ada dua tiga orangbaru sampai dan duduk-duduk sedang Dr Bustari sendiri sedang cuba membetulkan kedudukan paparan skrin projektor LCDnya daripada laptop yang hendak digunakan.
Julliane membantu sebagai pendaftar dengan setiap distributor membayae RM5.
Johan tiba sejeurus selepas semua orang duduk dan acara hendak bermula. Kebetulan tidak ada orang yang merupakan jemputan kerana kesemuanya supervisor.
James memulakan acara rutin membaca teks yang disediakan daripada slaid biasa. Ini yang membosankan kerana tiada yang baru. Lagi pun caranya terlalu konvensional.
Melihat James sibuk menekan butang untuk mengalih slaid Johan terus melantiklkan dirinya sebagai pembantu. Hebat juga anak aku.
Setelah tamat persembahan dengan hampir kesemua orang turut serta di dalam pembentangan maka berlaku perbincangan tidak formal tentang pusat aktivitri bersama para supervisor di tengah bandar dengan bayaran sewa dikongsi bersama.
Lepas perbincangan itu kami masing-masing balik membawa haluan masing-masing.
Aku kecewa lagi kerana Cathe tidak hadir untuk menguruskan penyertaannya. Aku akan usaha supaya dia jadi downline aku dan Sal akan jadi downline Joham.
Sunday, August 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment